CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 5, 2011

MASA....Idea sudah ada, tapi?

Sudah lama tidak berblogging untuk resepi masak-masak ini...memang masa itu ada, tetapi bila dah log in, tup tup ada benda lain pulak hendak dibuat. Tangan sudah rasa gatal hendak menekan keyboard! Kena lah postpone hendak menulis. Bila sudah buat benda lain pulak, pudarlah ilhamku mahu menulis dan diri pulak dah jadi letih. Maka hasrat berblogging tertangguh lagi. Macamana ni? Menjerit hati saya! Saya amat berharap agar saya dapat aktif kembali dengan semangat yang tidak luntur. Hmmmmmmmmm...
Kawan-kawan, ada petua boleh dikongsi?

Wednesday, April 27, 2011

Chocolate Chunk Muffin

Berkira2 juga di kotak fikiran ini untuk membakar muffin, flavor apa pula yang hendak dicuba. Sehingga kini anak2 saya memang suka apa2 muffin yang ada perasa coklat iaitu coklat chip dan koko. Satu resepi yang saya jumpa, Chocolate Chunk Muffin, bunyinya memang menarik untuk diujikaji. Maka inilah bahan2nya:

Ingredients

3 cups plain flour
3 tablespoons Cadbury® Bournville® Cocoa (saya gunakan koko yg ada, brand van houten)
1 tablespoon baking powder
1½ cups brown sugar
200g (8 rows) Cadbury® Dark Cooking Chocolate, chopped (saya gunakan semi-sweet choc Van Houten)
1½ cups milk
120g butter, melted
2 eggs, lightly beaten

Method

  1. Preheat the oven to 180°C. Sift the flour, cocoa and baking powder into a large bowl. Add the brown sugar and chocolate. Stir to combine. Add the milk, butter and eggs. Mix until just combined, but do not over-beat.
  2. Spoon the mixture into medium (5 cm) greased muffin pans. Bake for 20-25 minutes. (saya bakar sehingga 30 minit)
Saya tinggalkan sedikit adunan, cukup2 untuk 3 muffin cup saiz besar untuk saya cuba menambahkan pisang yang dilenyek ke dalamnya (lebih kurang 1 biji pisang). Saya masukkan adunan sedikit ke dalam cup dan 2 sudu kecil pisang lenyek diatasnya. Kemudian tutupkan lapisan pisang lenyek ini dengan adunan lagi. Memang sedap!

Rasa muffin yang penuh dengan kecoklatan dan teksturnya pula lembut dan gebu...



Friday, April 22, 2011

My 1st Birthday Cake From The Oven - Happy Birthday Zaim!



























21 April, sudah 11 tahun berlalu. Anak sulung saya sudah besar! Pejam celik, pejam celik saja, masa sudah berlalu dan anak2 pun membesar di depan mata...Kali ini, saya berazam untuk membuat kek hari jadi untuk siri "From The Oven". Memandangkan, boleh menjadi hasil bakery sebelum ini. Lalu saya mendapat satu resepi yang memang menarik kaedahnya, Chocolate Birthday Cake (akan saya upload dlm blog bakery). Anak saya, si Zaim membantu mengacau batter kek, katanya nak tolong jugak ma! Cuma hiasan kek ini, hentam saja mengikut apa yang boleh dibuat....
Disamping itu, saya hendak mencuba Multi Cooker Cornell yang kebetulan sampai hari itu juga. Jadi steamboat kuah tomyam menjadi bahan ujikaji...lulus ujian nampaknya cooker ini. Masak main campak2 saja!
Apa pun birthday boy itu, nampak gumbira dengan birthday cake power rangers...semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada masyarakat.

Wednesday, April 20, 2011

MY 1ST COOKIE FROM THE OVEN - HERSHEY CHOCOLATE CHIPS COOKIE
















Selamat petang semua....sudah lama tidak bersiaran. Kali ini saya mahu berkongsi tentang siri "From the Oven" yang memang sudah lama mengidam hendak membuat cookie. Cuma sedikit tidak yakin dan risau menyelubungi hati serta fikiran sama ada jadi atau tidak dengan resepi yang dicuba. Takut tidak menjadi. Maklumlah pengalaman mem'baking' memanglah cetek sangat. Tetapi saya cuba mengambil semangat, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...Hmmm ambil semangat betul ni.
Jadi saya mendapat satu resepi mudah apabila melihat bahan2 dan cara membuatnya daripada Hershey...cuma tidak pasti sama ada
mixing method saya ini sudah betul dan kena dengan kehendak resepi. Pada permulaan membakar, saya masukkan dua cooking sheet sekali dengan masa 10 minit dan 'dropping' pula tidak sekata. Memanglah tidak masak. Saya pun dengan suka hatinya menambah masa 10 minit lagi dan lagi sehingga menjadi 50 minit keseluruhannya....hahaha bila keluar cookie betul-betul jadi crunchy. Tapi anak2 makan juga, katanya macam biskut....Saya tidak puas hati lalu membaca mengenai cookie baking tips.
Oooh...saya sudah tersilap. Kena letak
cooking sheet satu persatu dulu untuk dibakar supaya cookie menjadi 'even baking'. Kemudian untuk menjadi 'uniform soft drops', guna 'measuring teaspoon'. Apabila tip sudah diketahui, saya menarik nafas lega, menjadi juga akhirnya. Tempoh masa membakar juga saya ubahsuai sedikit sehingga saya mendapat tekstur cookie yang dikehendaki iaitu saya mahu sedikit crunchy . Jadi masa yang saya gunakan ialah 20 minit, 180C. Jikalau 15 minit, tekstur cookie 'menjadi soft dan chewy'. Tetapi memang mengambil masa jugalah untuk benar-benar memahami selok-belok bakery...
Walau apa pun, komen hubby, macam famous amos da cookie!

Friday, April 15, 2011

Coffee Break with Mr Hubby















Sungguh seronok apabila Mr Hubby telah meng"offer" sekali lagi untuk ber"dating" @ Prego, WestIn KL tetapi kali ini untuk coffee break time. Seperti kata perumpamaan, rezeki jangan ditolak! Kami memilih menu pizza margherita (tomato, cheese, basil) sememangnya crust dan toppingnya, marvellous. Walaupun telah makan beberapa keping mulut ini rasa tidak mahu berhenti makan tetapi perut sudah pun kata kenyang...dan coffeenya pula, capuccino dan latte.

Monday, April 11, 2011

1st Anniversary Blog Postcard from Nieza...


Ini adalah poskad kiriman daripada Nieza@Our Journey Begins yang jauh di rantauan dan saya mengucapkan selamat ulangtahun yang pertama untuk blognya. Semoga dapat meneruskan coretannya untuk berkongsi resepi...kerana kita berkongsi idea dan niat yang sama untuk ber'blogging'!

Especially Untuk Mama/Kak Noor...

Saya gantung award untuk follower yang saya ambil daripada Mama Noor Blog ini dan ingin menyatakan "sama-samalah kita sokong antara satu sama lain"...Semoga persahabatan berpanjangan di alam maya ini dan I love u too Kak Noor...

Saturday, April 9, 2011

Award Lagi...terima kasih!

Ini daripada Kak Naz@Nazrah Bakery...terima kasih daun keladi kakak. Seperti kata Kak Naz, berbloging baru setahun jagung, tapi saya baru jagung berputik. Jadi saya amat berbesar hati untuk terima award ini daripada kakak. Saya jadikan award ini sebg pembakar semangat untuk dapur saya untuk berasap2 dengan bermacam2 menu untuk hidangan Mr Hubby tercinta dan anak2 tersayang...
Ingin saya kongsikan sedikit peringatan bahawa "Indahnya Islam itu" - Air tangan isteri pahalanya berganda2: Firman Allah:"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang…" (Ar-Rum: 21) dan air tangan ibu berkatnya berjuta2: Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga, sememangnya dia berkewajipan menyibukkan diri mengurus rumah tangga dan anak-anaknya dengan tangannya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w.: "… dan seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah suami dan anak-anaknya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka…" (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.).
Seperti yang telah saya postkan sebelum ini mengenai diri saya apabila saya menerima award ini juga daripada Kak Ayu@KitchenColours, maka saya telah pun melengkapkan fasa kedua peraturannya. Untuk fasa 3, Award 15 recently discovered blogs, saya anugerahkan kepada semua follower blog saya yang singgah sokmo di sini dengan kata salam kenalan dan semoga ukhuwwah kita berpanjangan... Terima kasih diatas sokongan!

My Sausage Lasagna Recipe














Keterujaan untuk membuat lasagna membara-bara apabila saya membeli oven ready lasagna sheets daripada San Remo dan hanya menunggu masa untuk membuatnya. Maka bermulalah pengembaraan melayari internet untuk mendapatkan resepi yang mudah. Saya mencedok idea resepi disini dan diadun semula dengan resepi lasagna yang terpapar dikotak San Remo ini. Ini adalah kerana anak2 memang suka sausage dan saya tidak mahu lasagna yang padat dengan cheese. Oleh itu, sedikit editing dan imaginasi, jadilah edisi kombinasi dua resepi.
BAHAN2:
Untuk Sausage filing
2 1/2 sudu besar (sb) minyak sayur / zaitun
1 biji bawang kuning yang dipotong dadu
8 ulas bawang putih, crushed kan sahaja
1 biji carrot yang dipotong dadu
1 paket chicken mushroom sausage Ayamas yang dipotong kecil
1/2 paket daging kisar Ramly
** Mulakan dengan memumiskan kesemuanya sehingga naik bau dengan sedikit gula. Kemudian masukkan daging kisar dan masakkan sehingga sedikit garing. Selepas itu masukkan sausage dan biarkan seketika.
1 tin sedang tomato puri
10 biji tomato ceri yang dilenyekkan
Sos tomato maggi mengikut rasa yang dikehendaki
Garam & gula
Lada hitam kisar (saya masukkan banyak sikit, memang naik rasa)
Secubit nutmeg, secubit shredded parsely, Secubit shredded basil dan Secubit Mixed Italian Herbs (optional)
** Setelah itu masukkan tomato puri, tomato ceri dan sos tomato. serta sedikit air Kacau sehingga sebati dan perasakan dengan gula, garam dan rempah-ratus yang tersebut. Tudungkan dan biarkan selama 5 minit diatas api yang kecil untuk filing betul2 masak dan kering. Jangan biarkan filing berair. Ketepikan.
TIPS: Pastikan sausage filing ini betul2 mencapai keenakan yang anda kehendaki dengan mencampur tolak garam, gula dan rempah ratus kerana filing inilah yang menjadi pes dan nadi lasagna.
BAHAN2:
Untuk Cheese filing
2 sb mentega
2 sb tepung
2 cawan susu (saya gunakan low fat milk)
Lada hitam kasar
1 sudu kecil shredded parsely
125g cheese (saya gunakan 6 keping Chesdale)
Sedikit cheese cream (optional)
Garam & gula
** Masukkan tepung dan kacaukan ia bersama mentega. Tutupkan api dan campurkan susu ke dalam campuran ini. Kemudian pasangkan api dan kacaukan sehingga ia menjadi pekat dan licin.
Setelah itu masukkan cheese dan cream cheese. Biarkan cheese cair di dalamnya dan perasakan dengan lada hitam, parsely, garam dan gula (mengikut keperluan). Ketepikan.
MELAPISKAN LASAGNA:
Panaskan oven ke suhu 180C. Saya menggunakan 8 1/2 inch deep square tin dan griskan dulu. Letakkan lasagna sheets dan dilapiskan atasnya dengan sausage filing sehingga betul2 menutupi kepingan lasagna untuk retain moisture lasagna. Kemudian ratakan cheese filing dan taburkan dengan parmesan cheese. Ulang lapis-melapis ini sehingga habis filing dan pastikan sebelah atas sekali ialah cheese filing.
Tutupkan dengan kertas foil dan bakarkan untuk 20 minit. Bukakan kertas foil dan bakar lagi sehingga 20 - 30 minit lagi.

Saya sepatunyat biarkan ia masak sehingga permukaan lasagna sedikit keperangan. Lagi elok masak dan boleh ummmph...nampaknya kena buat lagi sampai perfect! Sausage filing dah lazat seperti kata Mr Hubby, "Sosej lazatnya!" dan cheese dia memang tidak muak serta padat...ngam2 ajer dengan tekak kami sekeluarga. Namun prosesnya MEMANGLAH jerih sedikit tapi PUAS tidak terkira sebab dapat makan daripada air tangan sendiri...siapa tidak suka kan...

Friday, April 8, 2011

My 1st Blog Award

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Ayu@KitchenColours di atas anugerah award yang PERTAMA untuk blog saya...It is so nice knowing you di hujung jari saja walaupun beribu-ribu batu jauhnya namun mampu untuk menjalin ukhuwwah di alam maya...betapa canggihnya impak teknologi ini...Setelah award ini dipaparkan buat yang sudi menjengah ke blog saya, maka ada peraturannya iaitu:

1. Post linking back to the person that gave you the award-Completed!
2. Share 7 random things about yourself
-Completed!
  • saya adalah PA dlm segala segi untuk Mr. Hubby (normal PA pun tak bleh isi jawatan ini);
  • saya adalah Motherly Chef untuk keluarga yg tersayang;
  • saya adalah Tok Penghulu untuk gathering kawan2;
  • saya adalah Loyar yg bukan menghadap hakim tapi menghadap komputer;
  • saya adalah Home Manageress & Director untuk rumahku syurgaku;
  • saya adalah Cikgu untuk anak2 yg tercinta; DAN
  • saya adalah Saya, tiada siapa yang boleh copy & cut....cukup lengkap SIAPA saya!
3. Award 15 recently discovered blogs - yg ini tidak dapat nak di" complete" kan.

Apa pun kepada para pembaca blog saya, selamat berkenalan dan bertukar2 pandangan bagi memperbaiki diri dan meningkatkan mana2 yang perlu dari semasa ke semasa...

Thursday, April 7, 2011

Crèpes with Durian Sauce

Teman memang tidak sabar hendak menggunakan stok durian yang masih ada lagi. Kali ini teman berjalan-jalan di blog nur niezza dan mencedok resepi tuan blog. Memandangkan teman tak ada acuan menjala, maka teman buatlah roti ala French, crèpes, yang menggunakan adunan roti jala:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b susu cair
2 cawan fresh milk
1 biji telor
sedikit pewarna kuning & purple (atau apa-apa warna yang disukai) - teman guna warna kuning
1/2 s/k garam
Cara Nieza masukkan kesemua bahan ke dalam blender. Teman pula nak guna manual. Maka teman campurkan dulu tepung gandum, kastad dan garam. Kemudian masukkan telur yang dipukul, pewarna dan susu cair di tengah-tengah campuran tepung tadi. Selepas itu teman adunkan bersama susu sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi batter. Ambil satu senduk dan masukkan ke dalam kuali non-stick.


Bahan Untuk Kuah Durian:
4 - 5 ulas isi durian
250ml santan pekat (teman guna santan kotak)
Sedikit Gula merah
1/2 s/k garam
sehelai daun pandan disimpul
1 cawan air jika kuah terlalu pekat
CARANYA:
1. Masukkan semua bahan dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Kacau sentiasa.
2. Apabila mendidih, perlahankan api dan masukkan sedikit garam dan gula.
3. Kacau lagi hingga kuah agak pekat. Apabila cukup rasa, tutup api dan boleh dihidangkan bersama roti jala.




Wednesday, April 6, 2011

Lunch Get Together @ Spring Potato, Batu Caves, Selangor























Inilah lokasi Get Together saya dan kawan2 kali ini. Teringin hendak mencuba masakan Korea, maka lokasi ini menjadi pilihan. Mural kafe ini menarik perhatian kami dengan warna2 yang serasi dan gambaran yang unik.
Signature dish untuk kafe ini adalah spring potato yang mempunyai pelbagai perisa yang kami pilih untuk hidangan kami iaitu BBQ, keju, black pepper, sour onion...Memang sedap apabila dimakan semasa masih panas kerana perisanya sungguh terasa dan crunchy. Mulut ini tidak berhenti2 mengunyah kesedapan yang tidak terkira.
Selepas itu saya memilih untuk makan mee kentang dan capuccino blended. Mee yang digunakan ialah angel hair spaghetti dan kuahnya memang pekat. Sedap juga...satu lagi menu ialah kimbab (rolled rice), makanan Korea umpama sushi tetapi tiada pencicah sos soya..boleh tahan.
Kawan saya pula memilih makanan Korea juga, sundubu jigae (soft tofu stew) yang dihidangkan dengan kimchi dan nasi putih. Memang agak pedas, tidak boleh masuk dengan selera saya tetapi kawan saya nampaknya suka bangat.
Secara keseluruhan, pilihan lokasi yang tidak menghampakan tetapi memang saya bagi kredit dan thumbs up pada menu spring potato di kafe ini!

Tuesday, April 5, 2011

Durian Pancake

Oh kome, durian udah bunga...mari kite makan same2! Memang rezeki keluarga kerana dapat stok durian daripada jiran sebelah rumah. Durian dari Tapah, Perak. Teman pun udah berkira2 nak buat ape dengan durian ni...Yop, teman cakap Perak la kite yer. Jadi sebagai permulaan menyambut musim durian ini, dengan hidangan yang paling mudah sekali iaitu pancake campur durian.
Teman menggunakan tepung pancake yang sedia ada. Sediakan mengikut arahan dan teman pun campur la dengan durian, berapa biji mengikut keperluan. Selepas siap, teman pun sapu la ke atas pancake ini dengan durian juge umpama sapu syrup makan pancake yang biasa...Memang terangkat! Mudah sungguh...

Saturday, April 2, 2011

YES! Nutella Swirl Buttermilk Muffin














Baking muffin kali ini memang saya rasa puas dan saya memang hendak pack kan untuk adik sedikit dan kawan2 untuk gathering kami kali ini disamping untuk keluarga di rumah. Jadi saya amat berterima kasih kepada original recipe untuk Buttermilk Muffin iaitu Ellie tetapi saya membuat sedikit perubahan kepada resepi asal yang menggunakan chocolate chip memandangkan tiada di dalam stok. Sememangnya hati saya teringin untuk mencuba nutella di dalam baking. Saya membuat sedikit homework dengan blogwalking dan mendapat sedikit tips cara menggunakan nutella di dalam muffin daripada Kirbie San Diego. Maka terhasil lah, Nutella Swirl Buttermilk Muffin (klik untuk resepi).
Tekstur muffin kali ini lebih padat dan ringan. Ini membuatkan oven saya terbakar2 memanggil saya ke dapur untuk membuat lagi...kerana peminat setia saya iaitu anak2 sudah bising mahu lagi.

Wednesday, March 30, 2011

Banquet @ Anchorpoint Shopping Centre










Hujung minggu yang lepas, saya dan anak-anak berpeluang mengikut hubby sekali lagi ke Singapura di atas urusan kerjanya. Kami bermalam di JB dan keesokkan harinya kami bertolaklah ke Singapura. Sememangnya anak-anak suka pergi jalan2 makan angin, dapat bermain, mandi kolam dan makan2.
Makan tengahari kami ialah di tempat biasa yang selalu kami pergi apabila mengikuti hubby iaitu di Selergie Road, Restoran Hawa dimana nasi ayamnya yang memang thumbs up. Untuk makan malam pula, bermulalah jalan2 cari makan dan kami menemui Anchorpoint yang terletak di Alexandra Road. Restoran Banquet terletak di tingkat bawah sekali. Outlet ini memang menghidangkan halal food in Singapore.
Maka, kami pun memilih untuk makan wantan noodle dan ipoh hor fun, hubby pula dengan set nasi beriyani with mutton curry. Memang tidak sia-sia penemuan restoran ini sebagai tempat menjamu selera kami pada malam itu.

Thursday, March 24, 2011

OMELLETE SANDWICH aka ROTI JOHN

Sudah lama saya mengidam hendak membuat roti john ini, omputihnya dipanggil omellete sandwich. Tetapi saya tidak menggunakan minced meat. Sebaliknya, daging burger ayam yang ada di dalam stok dijadikan bahan masakan.
Pastikan daging burger dibiarkan di dalam keadaan suhu luar supaya senang hendak di'mash'kan. Apabila daging telah dimashkan (saya gunakan 5 keping daging burger ayam), maka ia seumpama minced meat dan saya gorengkan ia di dalam non stick pan dengan marjerin sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. Masih gunakan pan yang sama tadi, tumiskan 1 biji bawang kuning yang didadukan dengan sedikit lada hitam kasar (ada yang menggunakan serbuk kari) dan gula perang sehingga terbit bau. Kemudian, masukkan 1 biji carrot yang didadukan juga bersama dengan daging yang telah digorengkan tadi sehingga sebati dengan bahan tumisan. Selepas itu saya masukkan sos tomato dan sos cili (ikut rasa yang diperlukan) dan gaulkannya sehingga betul-betul sebati. Angkat dan ketepikan inti daging yang telah siap.
Saya menggunakan bun hot dog sebanyak 11 biji dan potong ditengahnya sehingga tidak putus. Saya pecahkan 5 biji telur dan pukulkan ia serta campurkan inti daging ke dalamnya. Di dalam pan yang sama lagi saya masukkan sedikit minyak sayur, ambil lebih kurang satu senduk campuran telur daging ini ke dalam pan dalam keadaan membujur sedikit dan tekapkan ke atasnya satu bun hot dog. Gunakan api yang perlahan sahaja supaya tidak cepat hangit.
Setelah nampak masak, angkat bun dan sapukan dengan sedikit mayonis serta sos cili. Saya letakkan hirisan tomato dan lipatkan ia. Sedia untuk dimakan!

Tuesday, March 22, 2011

Macaroni with Cream Cheese & Herbs

Buntu juga memikirkan resepi makaroni kali ini. Teringat pula di dalam peti ais ada lebihan cream cheese dan baru-baru ini saya ada membeli italian herbs. Jadi saya pun mengambil kesempatan mencuba kedua-duanya untuk masakan makaroni ini.
Makaroni yang sudah direbus dengan garam (selalunya saya menggunakan setengah paket), ditapiskan dan kemudian saya gaulkannya dengan olive oil, cream cheese dan italian herbs (mengikut sukatan yang anda perlukan). Ketepikan dahulu.
Saya tumiskan 1 biji bawang kuning yang dihiris dan 3 biji bawang putih yang dihiris juga bersama sedikit gula perang sehingga sedikit garing. Selepas itu, saya tumiskan dengan sedikit lada hitam kasar dan sedikit italian herbs sehingga naik bau. Kemudian masukkan 4 batang chicken sausage yang dipotong kecil, 1 batang carrot dipotong kecil dan setengan biji lada capsium yang dipotong kecil juga. Gaulkan bahan-bahan ini sebati dengan tumisan. Sesudah itu, saya masukkan lebih kurang 3 sudu besar sos tomato dan sedikit sos cili sehingga naik bau. Akhir sekali saya masukkan makaroni tadi dan gorengkan sehingga masak. Saya tutupkan api dan saya perasakan makaroni sekali lagi dengan olive oil, sedikit lada hitam kasar dan italian herbs.
Boleh dicuba untuk beralih angin daripada nasi...

Monday, March 21, 2011

A Night Out with Mr Hubby






















Sudah lama juga tidak ber"dating" dengan Mr Hubby malam2 di KL. Sekali-sekala berduaan dengan Mr Hubby seronok sungguh bagai dirasa. Ini Mr Hubby lah yang offer a night out. So dia mencadangkan tempat berduaan @ Prego, TheWestIn, KL. We were having italian dinner. Fuh lepas ini kitchen saya memang akan terkena tempias dan penangan italian cuisine pula nampaknya.
So starter menu kami ialah bread dip with tomato sauce mixed with italian herbs. Bread dan dip sauce dia memang kelas A. Disamping itu bread ini juga boleh dicicah dengan olive oil yang dimixedkan dengan black vinegar...pun sedap juga! Kami juga order calamari fritters.
Untuk main course pula, kami memilih capricious pizza iaitu thin crust pizza yang berintikan chicken sausage, pepperoni, marinated bell pepper. Ini pun memang lazat tak terhingga! Dan akhir sekali, our delicious coffee, latte illy served with prego white chocolate.
Memang saya puas dapat menghabiskan masa dengan Mr Hubby.... Mr Hubby, ti amo! Grazie..

Sunday, March 20, 2011

Ala Thai Glass Noodle Soup

Masak bee hoon sup kali ini saya menggunakan rencah ala thai iaitu lengkuas, serai, kicap soya thai, sos ikan thai dan sweet chili sauce thai. Saya tumiskan 3 biji bawang merah yang dibelah dua, 3 biji bawang puting dicincang dan sedikit halia bersama dengan hujung batang daun bawang serta sedikit gula sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan biarkan ia bersatu dengan bahan tumisan seketika. Selepas itu masukkan air (mengikut banyak mana kuah yang dikehendaki). Saya menggunakan periuk rice cooker dan air yang digunakan ialah sehingga 1/2 periuk rice cooker. Untuk membuat kuah sup, saya campurkan dua sudu besar sos tiram, dua sudu besar kicap soya thai, dua sudu kecil sos ikan thai, dua sudu kecil sweet chili sauce thai, 1 biji bawang kuning besar dipotong bulat, sedikit lengkuas, 1 batang serai diketuk dan serbuk pati ayam, gula, garam secukup rasa ke dalam air tadi sehingga mendidih.
Setelah kuah sup mendidih saya masukkan 10 biji fish ball, 2 keping fish cake yang dipotong kecil, 5 batang chicken sausage yang dipotong kecil, 2 batang carrot yang dipotong kecil, sedikit bunga kobis dan 2 biji cili jalapeno yang dipotong dua.
Saya hidangkan sup ini dengan daun bawang...

Saturday, March 19, 2011

AL-FATIHAH BUAT AYAH MERTUA

Selama lebih seminggu tidak bersiaran...Memandangkan ayah mertua tidak berapa segar, maka kami sekeluarga telah berkampung di Batu 31, Machang, Kelantan sejak 11 Mac lagi. Hujan pula tidak berhenti sejak saya berada di sana selama tiga hari berturut-turut seakan bersama dengan kesedihan kami melihat ayah. Namun Allah lebih menyayangi ayah kerana pada tanggal 14 Mac 2011 jam 3.19pm, dengan suami saya berada di sisinya, ayah telah melafazkan kalimah syahadah dan telah pergi meninggalkan kami. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...AL-FATIHAH BUAT MOHD NOR!

Tuesday, March 8, 2011

BEEF IN KETCHUP SAUCES

Kicap dan sos adalah bahan utama dalam masakan saya untuk menu lunch anak-anak. Mereka memang gemar jenis masakan sebegini disamping boleh menaikkan pelbagai perisa di dalam masakan.
Kali ini daging ada di dalam stok jadi saya mulakan dengan menumis bawang merah & separuh daripada 1 biji bawang besar yang dipotong bulat bersama sedikit gula, bunga lawang & kulit kayu manis sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan bawang putih dan halia sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan daging dan gaulkannya dengan bahan tumisan ini sehingga sebati. Selepas itu, saya masukkan sedikit sos tiram, sos soya thai, sos cili thai, 1 sudu besar sos tomato & 1 sudu besar sos cili (jenis-jenis sos yang digunakan boleh mengikut mana yang ada di dalam stok dan sos-sos ini boleh memekatkan kuah daging) serta lagi separuh bawang besar tadi & air (mengikut banyak mana kuah yang dikehendaki). Biarkan daging empuk bersama sos-sos ini. Kemudian masukkan kentang, cili hijau potong dan kicap manis. Masakkannya di atas api sederhana.
Selamat mencuba...!

Sunday, March 6, 2011

NASI AYAM BBQ
















Hmmm ini satu lagi menu "From The Oven" siri iaitu Ayam BBQ lagi tetapi kali ini saya lawankan dengan memasak nasi ayam yang biasa untuk dihidangkan dengan ayam BBQ ini Maka jadilah Nasi Ayam BBQ.
Untuk Ayam BBQ saya perapkan 7 ketul chicken wings selama 2 jam di dalam peti ais dengan 3 sudu besar sos tradisional BBQ Knorr, 2 sudu besar sos spicy BBQ Knorr, 1 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar sos tiram, garam, gula dan 3 sudu besar minyak zaitun. Ketuhar dipanasakan terlebih dahulu selama 15 minit dengan suhu 220C dan kemudian ayam dipanggang selama 50 minit. Diantara waktu panggang ini saya sapukan lebihan sos perapan ini ke atas ayaam untuk aroma yang harum & rasa yang umpph!
Manakala nasi pula saya masakksn dengan bawang putih yang diketuk, serai pun diketuk, bunga lawang, 1 helai daun pandan, sedikit mentega & serbuk kunyit untuk nasi menjadi kekuningan, garam dan concentrated chicken stok.
Saya hidangkan nasi ayam BBQ bersama sup carrot memandangkan anak2 tidak berapa gemar salad dan tomato. So kena buat sedikit alteration untuk bahan hidangan nasi ayam yang biasa kepada mengikut selera kegemaran my famili. Mudah untuk dicuba..!


Friday, March 4, 2011

Hubby Sausage Salad with Mashed Potato and Garlic Toasted Bread

Untuk penyediaan salad ini saya menggunakan Italian Rocket Salad yang dipekkan dan sedia untuk makan dimana di dalam pek tersebut disertakan sekali dengan dressing iaitu fresh balsamic.
Saya mulakan dengan menggorengkan 2 batang sausage yang dipotong kecil sehingga sedikit garing dengan marjerin. Kemudian saya masukkan sedikit bawang kuning yang dihiris dan lada hitam kasar. Gorengkan sehingga naik bau dan angkat. Kemudian saya letakkan sausage ini ke dalam Italian Rocket Salad dan gaulkan dengan dressing yang sedia ada serta saya tambahkan sedikit sos cili thai dan lada hitam kasar sekali lagi untuk perisa yang hot spicy.
Setelah itu, saya hidangkan dengan roti bakar yang disapu garlic spread with herbs dan instant mashed potato yang disediakan dengan hanya menambah air panas sahaja. Sungguh mudah dan segera...tink tink!

Wednesday, March 2, 2011

SPAGHETTI WITH SAUSAGE & CARROT IN TOMATO SAUCE

Hari ini menu lunch ala-ala western yang menjadi kegemaran anak-anak dan penyediaannya memang mudah. Boleh dikatakan 30 minutes cooking...
Mula-mula tumis 1 biji bawang kuning dengan sedikit gula di dalam minyak zaitun sehingga garing. Selepas itu, saya masukkan sedikit garlic spread with herbs dan lada hitam kasar. Tumis sehingga naik bau. Kemudian campurkan chicken sausage dan carrot serta 1 helai daun bay. Masak sehingga sebati dengan daun bay dan sausage pula nampak sedikit garing. Akhir sekali saya masukkan sos tomato (ikut berapa banyak kuah sos yang dikehendaki), sedikit sos cili, air dan lada hitam kasar sekali lagi. Kacau dan tambah sedikit susu low fat untuk kuah menjadi pekat dan lemak sedikit.
Hidangkan dengan angel hair spaghetti (texture nya sedikit nipis daripada jenama San Remo). Bon appetit...!

NASI LEMAK SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Ini menu lunch anak-anak semalam dan setiap kali masak nasi lemak, saya memang masukkan daun pandan, serai yang diketuk, halia dan beberapa biji lada hitam untuk menambahkan lagi aroma & perisa nasi lemak. Lauk untuk nasi lemak pula saya gorengkan ayam dan masak sayur campur memandangkan anak-anak & hubby tidak makan timun. Manakala, sambal nasi lemak kali ini, saya buat sambal tumis ikan bilis dimana ikan bilisnya digoreng terlebih dahulu. Cubalah...sesedap rasa!

Tuesday, March 1, 2011

MY 1ST MUFFIN FROM THE OVEN - CHOCOLATE MUFFIN

Seterusnya menu bagi budak baru belajar daripada siri "From The Oven", saya telah cuba membuat muffin daripada adunan tepung muffin sedia ada dan saya tambah chocolate syrup serta chocolate chips. Memandangkan anak-anak memang suka coklat, maka setelah dibakar, inilah hasilnya walaupun tak secantik mana rupa tetapi berjaya dimakan sekali lagi dan ianya lembut serta moist. Cuma chocolate chips yang diletakkan nampak sedikit comot diatas muffin. Memang kena perbaiki skill lagi nampaknya....tetapkanlah semangatku untuk membuat muffin dengan lebih elok lagi!

Sunday, February 27, 2011

FROM THE OVEN - SPICED OVEN CHICKEN


Resepi ini saya cedok daripada koleksi Majalah Saji keluaran Januari 2011 bagi siri "From The Oven" saya kali ini. Saya menggunakan 10 ketul ayam (campur bahagian dada dan drumstick) dan diperap dengan 2 sudu besar serbuk kari daging, 1 sudu jintan manis & 1 sudu ketumbar ditumbuk, 1 biji limau nipis - diambil jusnya, 2 sudu minyak masak, serbuk perasa ayam, gula, garam - secukup rasa dan halia, 1 biji bawang besar & 2 ulas bawang putih dicincang selama 30 minit. Kemudian panggang ayam selama 45 minit dengan suhu kepanasan 180 darjah celcius.
Selesai dibakar, saya hidangkan bersama sayur campur dan daging kurma bernasi kan Nasi Kuning yang ditumis dengan bawang putih, halia, daun pandan dan dimasukkan sup bunjut, serbuk perasa ayam & sedikit serbuk kunyit bersama air sehingga masak.

Hubby Plain Pancake

Satu lagi resepi mudah untuk breakfast hubby iaitu pancake. Saya meggunakan tepung pancake yang sedia ada sebanyak 250g dan bancuh adunan dengan campuran air dan susu low fat (240ml) untuk mendapatkan adunan yang creamier. Setelah masak, saya hidangkan dengan pancake syrup dan 1 biji strawberry yang dipotong. Amat mudah dan penuh khasiat....

Saturday, February 26, 2011

MY 1ST CAKE FROM THE OVEN - CHOCOLATE MOIST CAKE















Inilah rupa kek untuk budak baru belajar dari siri "From The Oven"...of course sebagai beginner dalam dunia baking membaking ini, untuk langkah yang pertama dan selamat saya menggunakan adunan kek coklat moist yang sudah sedia ada daripada jenama Nona dan adunan ini ditambah dengan telur, air dan minyak sayuran seperti di dalam label kotak. Selesai adunan dipukul, dengan suhu 200 darjah celcius selama 45 minit, kek pun dibakar. Untuk hidangan, saya topping kan saja dengan chocolate syrup, whipping cream dan colour rice. Masih belum tahu bagaimana hendak mendeko kek...Jadi buat sekadar ini dan alhamdulillah kek tidak mendap atau keras...boleh dimakan!

Friday, February 25, 2011

MY 1ST COOKING FROM THE OVEN - ORIENTAL CHICKEN BBQ




Tertunai sudah hasrat yang terpendam lama di hati untuk membeli oven...thanks a lot to my dear hubby yang membuat hasrat ku tercapai....Maka untuk sekian kalinya memerah otak juga untuk membuat the very 1st cooking iaitu acara merasmikan oven ini. Memandangkan anak-anak memang suka makan ayam, jadi tercetuslah idea untuk membuat makanan favorite mereka.
Oriental chicken BBQ sauce memang ada di dalam stok. So, saya menggunakan bahan ini yang diperap sekali dengan bawang merah dan halia yang ditumbuk, sos tomato, garam, gula, planta marjerin dan sedikit lada hitam kasar. Dengan kepanasan suhu 180 darjah celcius, selama 30 minit, ayam pun dibakar...
Semasa menanti ayam dibakar...berlegar-legarlah di dalam fikiran, menjadi atau tidak...tak senang duduk jugak dibuatnya memandangkan ini convection oven...beriya juga melayari internet memahami cara mengendalikan oven jenis ini. Keliru, tidak yakin dan bermacam perasaan lagilah yang dirasakan. Namun dengan semangat yang berkobar-kobar, berjaya juga ayam dimasak dan dimakan dengan gembira sekali oleh anak-anak bagi my 1st cooking from the oven...
Memang banyak yang perlu dipelajari tetapi itulah lumrah, jika masak tanpa ilmu akan hambarlah rasa dan keseronokan menikmati pengalaman memasak walaupun bukanlah hendak menjadi seorang yang pro atau masterchef...

Wednesday, February 23, 2011

Hubby Sweet Sour Fish Cocktail and Blackpepper Sausage with Toasted Bread

Alahai apa menu yang nak dimasak untuk breakfast hubby kali ini ya! Tempura fish cocktail and sausage jenama Ramly ada di dalam stok. Cuma kena buat kedua-dua bahan ini dengan rasa yang berlainan di antara satu sama lain. Jadi saya menggunakan thai sweet sour sauce jenama Brahim yang sedia ada dan lada hitam.
Saya gorengkan dulu 2 kepingan fish cocktail sehingga sedikit garing dan ketepikan. Gorengkan sedikit hirisan bawang kuning dan cili benggala sehingga naik bau. Kemudian masukkan fish cocktail dan thai sweet sour sauce. Gaulkan kedua-duanya sehingga sebati. Angkat dan letak tepi.
Ambil 1 batang sausage dan gorengkan bersama lada hitam kasar sehingga sedikit garing.
Angkat dan hidangkan dengan fish cocktail tadi serta roti yang dibakar dan disapu mayonis ke atasnya...selamat menjamu selera!

Tuesday, February 22, 2011

Rambutan stuffed with Pineapple Puding



Haa.....berfikir juga apa yang nak dicampurkan dengan serbuk jeli Nona perasa mangga yang saya belikan untuk santapan dessert anak-anak. Memang anak-anak suka makan puding tapi sebelum ini makan yang sudah sedia ada. Jadi godek punya godek almari, dapat la tin sirap rambutan yang berintikan nenas (boleh guna apa-apa yang disukai) .
Jadi saya pun masakkan serbuk jeli dengan air sirap rambutan yang berintikan nenas dan tambahkan lagi dengan sedikit air agar serbuk jeli dimasak dengan 400ml air seperti yang tertera di label kotak dan dikacaukan. Setelah jeli betul-betul larut, sejukkan ia seketika. Saya masukkan rambutan berintikan nenas di dalam bekas plastik ini dan tuangkan larutan jeli lebih kurang 1/3 sukatan bekas ini sahaja (tinggalkan ruang untuk topping bila nak makan nanti, as saya hidangkan guna bekas ini saja). Dapatlah dalam 7 bekas plastik ini. Sejukkan ia di dalam peti sejuk.
Untuk hidangan, saya toppingkan dengan 1 scoop ais krim (ikut perisa yang disukai), whipping cream dan tabur colour rice atas topping ini.

Sungguh mudah penyediannya....sedia untuk dimakan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...