CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 26, 2011

MY 1ST CAKE FROM THE OVEN - CHOCOLATE MOIST CAKE















Inilah rupa kek untuk budak baru belajar dari siri "From The Oven"...of course sebagai beginner dalam dunia baking membaking ini, untuk langkah yang pertama dan selamat saya menggunakan adunan kek coklat moist yang sudah sedia ada daripada jenama Nona dan adunan ini ditambah dengan telur, air dan minyak sayuran seperti di dalam label kotak. Selesai adunan dipukul, dengan suhu 200 darjah celcius selama 45 minit, kek pun dibakar. Untuk hidangan, saya topping kan saja dengan chocolate syrup, whipping cream dan colour rice. Masih belum tahu bagaimana hendak mendeko kek...Jadi buat sekadar ini dan alhamdulillah kek tidak mendap atau keras...boleh dimakan!

Friday, February 25, 2011

MY 1ST COOKING FROM THE OVEN - ORIENTAL CHICKEN BBQ




Tertunai sudah hasrat yang terpendam lama di hati untuk membeli oven...thanks a lot to my dear hubby yang membuat hasrat ku tercapai....Maka untuk sekian kalinya memerah otak juga untuk membuat the very 1st cooking iaitu acara merasmikan oven ini. Memandangkan anak-anak memang suka makan ayam, jadi tercetuslah idea untuk membuat makanan favorite mereka.
Oriental chicken BBQ sauce memang ada di dalam stok. So, saya menggunakan bahan ini yang diperap sekali dengan bawang merah dan halia yang ditumbuk, sos tomato, garam, gula, planta marjerin dan sedikit lada hitam kasar. Dengan kepanasan suhu 180 darjah celcius, selama 30 minit, ayam pun dibakar...
Semasa menanti ayam dibakar...berlegar-legarlah di dalam fikiran, menjadi atau tidak...tak senang duduk jugak dibuatnya memandangkan ini convection oven...beriya juga melayari internet memahami cara mengendalikan oven jenis ini. Keliru, tidak yakin dan bermacam perasaan lagilah yang dirasakan. Namun dengan semangat yang berkobar-kobar, berjaya juga ayam dimasak dan dimakan dengan gembira sekali oleh anak-anak bagi my 1st cooking from the oven...
Memang banyak yang perlu dipelajari tetapi itulah lumrah, jika masak tanpa ilmu akan hambarlah rasa dan keseronokan menikmati pengalaman memasak walaupun bukanlah hendak menjadi seorang yang pro atau masterchef...

Wednesday, February 23, 2011

Hubby Sweet Sour Fish Cocktail and Blackpepper Sausage with Toasted Bread

Alahai apa menu yang nak dimasak untuk breakfast hubby kali ini ya! Tempura fish cocktail and sausage jenama Ramly ada di dalam stok. Cuma kena buat kedua-dua bahan ini dengan rasa yang berlainan di antara satu sama lain. Jadi saya menggunakan thai sweet sour sauce jenama Brahim yang sedia ada dan lada hitam.
Saya gorengkan dulu 2 kepingan fish cocktail sehingga sedikit garing dan ketepikan. Gorengkan sedikit hirisan bawang kuning dan cili benggala sehingga naik bau. Kemudian masukkan fish cocktail dan thai sweet sour sauce. Gaulkan kedua-duanya sehingga sebati. Angkat dan letak tepi.
Ambil 1 batang sausage dan gorengkan bersama lada hitam kasar sehingga sedikit garing.
Angkat dan hidangkan dengan fish cocktail tadi serta roti yang dibakar dan disapu mayonis ke atasnya...selamat menjamu selera!

Tuesday, February 22, 2011

Rambutan stuffed with Pineapple Puding



Haa.....berfikir juga apa yang nak dicampurkan dengan serbuk jeli Nona perasa mangga yang saya belikan untuk santapan dessert anak-anak. Memang anak-anak suka makan puding tapi sebelum ini makan yang sudah sedia ada. Jadi godek punya godek almari, dapat la tin sirap rambutan yang berintikan nenas (boleh guna apa-apa yang disukai) .
Jadi saya pun masakkan serbuk jeli dengan air sirap rambutan yang berintikan nenas dan tambahkan lagi dengan sedikit air agar serbuk jeli dimasak dengan 400ml air seperti yang tertera di label kotak dan dikacaukan. Setelah jeli betul-betul larut, sejukkan ia seketika. Saya masukkan rambutan berintikan nenas di dalam bekas plastik ini dan tuangkan larutan jeli lebih kurang 1/3 sukatan bekas ini sahaja (tinggalkan ruang untuk topping bila nak makan nanti, as saya hidangkan guna bekas ini saja). Dapatlah dalam 7 bekas plastik ini. Sejukkan ia di dalam peti sejuk.
Untuk hidangan, saya toppingkan dengan 1 scoop ais krim (ikut perisa yang disukai), whipping cream dan tabur colour rice atas topping ini.

Sungguh mudah penyediannya....sedia untuk dimakan!

Sunday, February 20, 2011

Mom Style Fried Fettucine


Selamat berhujung minggu kepada pembaca sekalian...Lunch menu kali ini diberi nama sedemikian rupa kerana bahan yang digunakan ialah apa yang ada di dalam peti sejuk untuk digorengkan dengan fettucine. Jadi yang ada ialah sedikit daging, sosej ayam dan karot. Sosej dan karot memang bahan ruji untuk keluarga saya memandangkan anak-anak tidak boleh makan seafood kerana alahan.
Rebus fettucine seperti di dalam label paket dan tapiskan airnya. Tumiskan 1 biji bawang kuning yang dihiris bersama dengan sedikit gula sehingga kekuningan. Kemudian masukkan 3 biji bawang putih yang dihiris juga dan sedikit cili giling (jika suka pedas, tambahkan sukatan). Tumis sehingga naik bau dan masukkan daging. Apabila daging sudah sedikit masak, masukkan sosej, karot dan satu tangkai daun kari. Gorengkan sehingga betul-betul mesra. Kemudian, fettucine digaulkan dengan rencah-rencah ini dan pecahkan 1 biji telur ditengah-tengahnya. Apabila telur telah masak sedikit, saya perasakan dengan kicap manis, sos tomato, sos cili dan kicap cair thai. Gaulkan lagi sehingga fettucine betul-betul sebati dengan bahan rencah, telur dan akhir sekali campurkan sedikit lada hitam kasar untuk menambah perasa (jika suka).

Perfecto, olahan resepi sendiri dengan menggunakan bahan yang mana ada saja...tidak salah untuk mencubakan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...