CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 28, 2010

Lunch Menu 28112011


Selamat bertemu lagi utk sekian kalinya. Menu yang selalu saya masak untuk lunch anak-anak ialah Paprik Ayam.
Bahan-bahan
Ayam yang dipotong dalam kiub kecil mengikut banyak mana yang anda nak masak
1 biji bawang kuning & 1 biji bawang besar merah (dipotong bulat)
1 batang karot
Halia
Cili giling (mengikut pedas yang dikehendaki)
Sos tomato, sos cili, kicap manis
4-6 keping daun limau purut
Gula dan garam secukup rasa
Air
Penyediaan: Ayam digoreng sehingga garing sedikit dan diangkat. Gunakan minyak ini untuk menumis setengah daripada bawang yang dipotong bulat tadi sehingga garing bersama sedikit gula. Kemudian masukkan halia sehingga naik bau dan cili giling pula sehingga naik minyak. Setelah itu campurkan dengan sos cili, tomato dan kicap serta daun limau purut. Biarkan dalam 1-2 minit. Masukkan air (utk membuat kuah) dan baki bawang yang dipotong tadi sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Akhir sekali, karot dan ayam yang telah digoreng garing serta garam secukup rasa.
Paprik Ayam ini saya hidangkan bersama telur dadar yang dipukul dengan bawang..sedia untuk dimakan

Monday, November 22, 2010

Hubby Breakfast Menu 14112010


Fish & Salad
Satu lagi menu breakfast untuk dikongsi bersama. Saya menggunakan kepingan ikan brand Ramly dan gorengkan sehingga warna kuning keemasan. Saya menggunakan planta margerin untuk menggoreng di dalam pan.
Salad pula saya campurkan sedikit hirisan bawang kuning dan digaulkan bersama sos dressing thousand island dan lemon zest. Siap untuk dimakan....

Monday, November 8, 2010

Hubby Breakfast Cereals


Ini adalah antara breakfast cereals yang saya sediakan setiap selasa, khamis dan sabtu untuk sarapan pagi bagi suami sebelum dia pergi ke rutin gym. Saya menggunakan susu dutch lady rendah lemak memandangkan suami sedang dalam diet pemakanan.
Bagus untuk dicuba bagi mempelbagaikan hidangan sarapan pagi.

Wednesday, November 3, 2010

My cup of Morning Coffee



Tiap-tiap pagi, saya akan sediakan sarapan untuk suami bersama dengan satu mug kopi disamping satu gelas air suam. Saya tidak menggunakan coffee mixer untuk membuatnya tetapi saya buat secara manual.



A cup of morning coffee

2 sudu kecil penuh - apa-apa jenis brand roasted coffee, buat masa ini saya menggunakan product IKEA food
Gula perang
Susu rendah lemak Dutchlady
Penyediaan: Bancuhkan roasted coffee dengan air yang panas di dalam tumbler tin dan biarkan ia selama dua minit supaya kopi betul-betul in contact dengan air untuk mendapatkan rasa yang ummpph. Tuangkan ke dalam mug yang telah dihangatkan terlebih dahulu untuk mengekalkan suhu kopi. Kemudian baru dicampurkan dengan gula dan susu rendah lemak.

A fresh start with full energy...enjoy!

Hubby Breakfast Menu 03112010


Breakfast menu untuk hubby selalunya simple dan saya cipta, olah mengikut cita rasa sendiri. Breakfast ini dinamakan:


Black Pepper Asparagus & Sausage with toasted bread

8 batang asparagus

2 batang sosej

Lada hitam yang ditumbuk halus

Planta marjerin

2 keping roti, dibakar dan disapu dengan garlic spread

Masak: Goreng asparagus dan sosej berasingan dengan planta marjerin dalam masa yang sekejap saja. Semasa goreng, taburkan lada hitam dan dihidangkan bersama roti bakar dan kopi.


Komen hubby, sesedap rase....

Lunch Menu 03112010



Masak-masak saya untuk lunch anak-anak selalunya mengandungi antara 2-3 hidangan lauk. Kali ini saya nak share menu: Kuah kicap sayur campur, chicken meatball & sosej goreng serta ayam goreng frozen food Ramly. Hidangan ini mengambil masa lebih kurang 40 minit - 1 jam untuk disiapkan. Untuk tumis sayur dan goreng, saya menggunakan minyak jagung.




Kuah kicap sayur campur


Sayur karot & sawi (dipotong mengikut cita rasa sendiri) - anak memang suka dua-dua jenis sayur ini


Bawang putih - 3 ulas - hiriskan


Cili merah potong


Sos tiram


Kicap cap kipas udang (sedap)


Garam secukup rasa


Masak: Tumis bawang putih sehingga wangi dan cili potong. Masukkan karot dan goreng sekejap. Diikuti sos tiram dan kicap. Kemudian masukkan air untuk jadikan kuah dan garam.




Chicken meatball & sosej goreng


15 ketul chicken meatball (ayamas) & 3 batang sosej (dipotong mengikut cita rasa sendiri)


1 biji bawang kuning (yellow onion) - dipotong bulat


Cili merah potong


Sos tomato & sos cili secukup rasa


Sedikit gula perang


Masak: Goreng chicken meatball & sosej sehingga sedikit garing. Setelah itu masukkan bawang dan cili potong dan gaulkan ia sehingga mesra. Diikuti dengan sos tomato, sos cili dan gula. Masak sehingga anda rasa ia sudah ummpph...




Ayam goreng - frozen food dari brand Ramly. Gorengkan sehingga garing




Mudah saja menu ini disediakan. Tidak perlu memberi alasan tak ada masa dan tak pandai memasak. Masa kena cari dan kalau tak pandai, kena belajar. Yang pasti anak-anak suka dan ia adalah daripada air tangan kita sendiri...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...