Keterujaan untuk membuat lasagna membara-bara apabila saya membeli
oven ready lasagna sheets daripada
San Remo dan hanya menunggu masa untuk membuatnya. Maka bermulalah pengembaraan melayari internet untuk mendapatkan resepi yang mudah. Saya mencedok idea resepi
disini dan diadun semula dengan resepi lasagna yang terpapar dikotak
San Remo ini. Ini adalah kerana anak2 memang suka
sausage dan saya tidak mahu lasagna yang padat dengan
cheese. Oleh itu, sedikit editing dan imaginasi, jadilah edisi kombinasi dua resepi.
BAHAN2:Untuk Sausage filing2 1/2 sudu besar (sb) minyak sayur / zaitun
1 biji bawang kuning yang dipotong dadu
8 ulas bawang putih,
crushed kan sahaja
1 biji
carrot yang dipotong dadu
1 paket
chicken mushroom sausage Ayamas yang dipotong kecil
1/2 paket daging kisar Ramly
** Mulakan dengan memumiskan kesemuanya sehingga naik bau dengan sedikit gula. Kemudian masukkan daging kisar dan masakkan sehingga sedikit garing. Selepas itu masukkan sausage dan biarkan seketika.
1 tin sedang tomato puri
10 biji tomato ceri yang dilenyekkan
Sos tomato maggi mengikut rasa yang dikehendaki
Garam & gula
Lada hitam kisar (saya masukkan banyak sikit, memang naik rasa)
Secubit
nutmeg, secubit
shredded parsely, Secubit
shredded basil dan Secubit
Mixed Italian Herbs (optional)** Setelah itu masukkan tomato puri, tomato ceri dan sos tomato. serta sedikit air Kacau sehingga sebati dan perasakan dengan gula, garam dan rempah-ratus yang tersebut. Tudungkan dan biarkan selama 5 minit diatas api yang kecil untuk filing betul2 masak dan kering. Jangan biarkan filing berair. Ketepikan.
TIPS: Pastikan sausage filing ini betul2 mencapai keenakan yang anda kehendaki dengan mencampur tolak garam, gula dan rempah ratus kerana filing inilah yang menjadi pes dan nadi lasagna.
BAHAN2:Untuk Cheese filing2 sb mentega
2 sb tepung
2 cawan susu (saya gunakan
low fat milk)
Lada hitam kasar
1 sudu kecil
shredded parsely125g
cheese (saya gunakan 6 keping Chesdale)
Sedikit
cheese cream (optional)
Garam & gula
** Masukkan tepung dan kacaukan ia bersama mentega. Tutupkan api dan campurkan susu ke dalam campuran ini. Kemudian pasangkan api dan kacaukan sehingga ia menjadi pekat dan licin.
Setelah itu masukkan cheese dan cream cheese. Biarkan cheese cair di dalamnya dan perasakan dengan lada hitam, parsely, garam dan gula (mengikut keperluan). Ketepikan.
MELAPISKAN LASAGNA:
Panaskan oven ke suhu 180C. Saya menggunakan 8 1/2 inch deep square tin dan griskan dulu. Letakkan lasagna sheets dan dilapiskan atasnya dengan sausage filing sehingga betul2 menutupi kepingan lasagna untuk retain moisture lasagna. Kemudian ratakan cheese filing dan taburkan dengan parmesan cheese. Ulang lapis-melapis ini sehingga habis filing dan pastikan sebelah atas sekali ialah cheese filing.
Tutupkan dengan kertas foil dan bakarkan untuk 20 minit. Bukakan kertas foil dan bakar lagi sehingga 20 - 30 minit lagi.
Saya sepatunyat biarkan ia masak sehingga permukaan lasagna sedikit keperangan. Lagi elok masak dan boleh ummmph...nampaknya kena buat lagi sampai perfect! Sausage filing dah lazat seperti kata Mr Hubby, "Sosej lazatnya!" dan cheese dia memang tidak muak serta padat...ngam2 ajer dengan tekak kami sekeluarga. Namun prosesnya MEMANGLAH jerih sedikit tapi PUAS tidak terkira sebab dapat makan daripada air tangan sendiri...siapa tidak suka kan...