CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 3, 2010

My cup of Morning Coffee



Tiap-tiap pagi, saya akan sediakan sarapan untuk suami bersama dengan satu mug kopi disamping satu gelas air suam. Saya tidak menggunakan coffee mixer untuk membuatnya tetapi saya buat secara manual.



A cup of morning coffee

2 sudu kecil penuh - apa-apa jenis brand roasted coffee, buat masa ini saya menggunakan product IKEA food
Gula perang
Susu rendah lemak Dutchlady
Penyediaan: Bancuhkan roasted coffee dengan air yang panas di dalam tumbler tin dan biarkan ia selama dua minit supaya kopi betul-betul in contact dengan air untuk mendapatkan rasa yang ummpph. Tuangkan ke dalam mug yang telah dihangatkan terlebih dahulu untuk mengekalkan suhu kopi. Kemudian baru dicampurkan dengan gula dan susu rendah lemak.

A fresh start with full energy...enjoy!

Hubby Breakfast Menu 03112010


Breakfast menu untuk hubby selalunya simple dan saya cipta, olah mengikut cita rasa sendiri. Breakfast ini dinamakan:


Black Pepper Asparagus & Sausage with toasted bread

8 batang asparagus

2 batang sosej

Lada hitam yang ditumbuk halus

Planta marjerin

2 keping roti, dibakar dan disapu dengan garlic spread

Masak: Goreng asparagus dan sosej berasingan dengan planta marjerin dalam masa yang sekejap saja. Semasa goreng, taburkan lada hitam dan dihidangkan bersama roti bakar dan kopi.


Komen hubby, sesedap rase....

Lunch Menu 03112010



Masak-masak saya untuk lunch anak-anak selalunya mengandungi antara 2-3 hidangan lauk. Kali ini saya nak share menu: Kuah kicap sayur campur, chicken meatball & sosej goreng serta ayam goreng frozen food Ramly. Hidangan ini mengambil masa lebih kurang 40 minit - 1 jam untuk disiapkan. Untuk tumis sayur dan goreng, saya menggunakan minyak jagung.




Kuah kicap sayur campur


Sayur karot & sawi (dipotong mengikut cita rasa sendiri) - anak memang suka dua-dua jenis sayur ini


Bawang putih - 3 ulas - hiriskan


Cili merah potong


Sos tiram


Kicap cap kipas udang (sedap)


Garam secukup rasa


Masak: Tumis bawang putih sehingga wangi dan cili potong. Masukkan karot dan goreng sekejap. Diikuti sos tiram dan kicap. Kemudian masukkan air untuk jadikan kuah dan garam.




Chicken meatball & sosej goreng


15 ketul chicken meatball (ayamas) & 3 batang sosej (dipotong mengikut cita rasa sendiri)


1 biji bawang kuning (yellow onion) - dipotong bulat


Cili merah potong


Sos tomato & sos cili secukup rasa


Sedikit gula perang


Masak: Goreng chicken meatball & sosej sehingga sedikit garing. Setelah itu masukkan bawang dan cili potong dan gaulkan ia sehingga mesra. Diikuti dengan sos tomato, sos cili dan gula. Masak sehingga anda rasa ia sudah ummpph...




Ayam goreng - frozen food dari brand Ramly. Gorengkan sehingga garing




Mudah saja menu ini disediakan. Tidak perlu memberi alasan tak ada masa dan tak pandai memasak. Masa kena cari dan kalau tak pandai, kena belajar. Yang pasti anak-anak suka dan ia adalah daripada air tangan kita sendiri...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...