CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 19, 2011

IKEA Mutiara Damansara, Selangor - Dinner



Aktiviti anak-anak di hujung minggu pastinya tidak ketinggalan untuk bermain di IKEA Småland. Inilah tempat kegemaran anak-anak apabila kami ke IKEA di samping tiada bayaran masuk yang dikenakan. Setelah penat bermain, apa lagi it is dinner time @ IKEA Restaurant. Menu yang dipesan ialah whole spring chicken with fries (special menu di IKEA sehingga 20 Februari ini), swedish meatballs with fries dan chicken wings...Hmmm menu ayam lagi nampaknya dan tak kiralah tu, anak-anak pun menjamu dengan selera yang lapar...Di samping itu saya sempat menjamu mata dengan deko ruang dapur yang mana menjadi idaman saya iaitu kombinasi warna putih, merah dan hitam....I wish this my dream kitchen comes true...

Hubby Tempura Black Pepper Fish Sandwich

Breakfast menu hubby yang menggunakan roti wholemeal lagi memandangkan dia on diet sekarang. Tempura black pepper fish pula yang sudah sedia ada dan digoreng sehingga masak di atas pan dengan menggunakan minyak/mentega yang sedikit. Roti pula disapu dengan mayonis/sandwich spread (jika ada) dan letakkan black pepper fish tadi. Sapukan juga mayonis diatas fish ini. Kemudian ambil dua helai daun salad dan sapu mayonis ke atas daun salad ini juga serta sedikit hirisan bawang kuning. Letakkan kedua-duanya diatas fish ini.

Sudah sedia untuk dimakan...sihat dan nyummy!

Friday, February 18, 2011

Hubby Mushroom Soup with Garlic Wholemeal bread


Ini adalah salah satu breakfast menu utk hubby yang paling simple penyediaannya. Saya menggunakan instant mushroom soup Campbell yang didapati di dalam tin. Ada juga yang terdapat di dalam paket. Sama ada di dalam tin atau paket, hasilnya adalah sama.
Masak sup seperti yang dinyatakan di dalam label tin. Setelah masak, saya hidangkan sup ini dengan garnishing lada hitam kasar. Roti pula dibakar di dalam toaster dan disapu dengan garlic spread with herbs.
Siap untuk dimakan...mudah sungguh penyediaannya! Sesuai untuk santapan sebelum pergi kerja setiap pagi...

Birthday Boy, Muaz














17/2, tarikh lahir Muaz dua tahun yang lalu...setiap kali ulangtahun anak-anak disambut di rumah dan merupakan makan-makan time dengan adik-adik saya yang lain. Kalau hari ulangtahun jatuh pada hari bekerja, selalunya kami order pizza dan kek. Jika hari cuti saja saya berkesempatan menyediakan hidangan untuk makan-makan...Bila dah berkumpul dengan anak saudara sekali, sungguh meriah...Inilah masanya untuk berborak dan anak-anak pula seronok bermain..Berborak pula sampaikan tidak sedar masa berlalu. Itulah kebahagiaan "gathering". Semoga ia dapat mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwwah. Once again, mama wish: Muaz...happy birthday! Semoga menjadi anak yang soleh dan hidup diberkati.Thank you mak ngah, pak ngah & mak teh...

Thursday, February 17, 2011

Lunch Menu 16022011


BLACK PEPPER MACARONI
Makaroni memang menjadi menu lunch untuk anak-anak di hari-hari persekolahan. Oleh itu saya cuma mempelbagaikan cara masakan untuk hidangan ini.
Kali ini saya menggunakan rencah lada hitam. Saya tumiskan 1 biji hirisan bawang kuning dengan sedikit gula untuk aroma yang harum sehingga kekuningan. Kemudian tumiskan dengan lada hitam kasar (mengikut keperluan) sehingga naik bau. Saya campurkan sekali dengan garlic spread with herbs untuk tumisan ini bagi menambahkan lagi perisa tumisan. Apabila tumisan ini sudah mesra, saya masukkan chicken sausage yang dihiris dan carrot dengan 1 helai daun bay sehingga masak. Akhir sekali masukkan makaroni yang telah direbus dan ditapis airnya. Saya gaulkan makaroni dengan sos tomato, sos cili dan sos lada hitam sehingga mesra. Taburkan lada hitam kasar sebagai pelengkap rasa.

Kata anak perempuan saya, Nurul Husna:"Mama, sesedap rasa...". Selamat mencuba!

Wednesday, February 16, 2011

Hubby Chocolate Coffee


Saya selalu sediakan kopi untuk minuman suami sama ada semasa bersantai atau selepas balik daripada kerja.
Mudah saja untuk disediakan: 2 penuh sudu kecil kopi yang dibancuh dengan air yang cukup panas (sukatan mengikut kepekatan kopi yang dikehendaki dan berapa banyak air yang digunakan) dan dibiarkan seketika agar serbuk kopi larut mesra di dalam air. Kemudian campurkan gula dan satu sudu kecil coklat sirup bersama susu rendah lemak (mengikut keperluan). Bancuhan ini saya masukkan di dalam shaker dan dicampurkan dengan beberapa ketulan air batu. Shake kan bancuhan ini dan tuangkan ke dalam gelas tinggi serta topping kan dengan whipping cream.

Sedia untuk diminum dan saya hidangkan dengan biskut coklat tim tam...slurrrppp. Menu ini selepas balik daripada kerja.

Tuesday, February 15, 2011

Restoran RasaMas, Giant Batu Caves, Selangor







Selepas penat memborong barangan dapur di Giant, anak-anak mengeluh kelaparan. Jadi kami pun singgah sebentar di Restoran Rasamas di dalam Giant dan memesan 1/4 ayam percik dan chicken fritters thai sauce. Kena menunggu juga untuk makanan yang dipesan sehingga minuman kami nak habis lah. Apabila menu yang dipesan sampai, dengan tidak sabar lagi anak-anak pun melahaplah ayam ini. Alahai, menu ayam lagi walaupun tengahari tadi sudah dihidangkan dengan ayam goreng bijan. Memang anak-anak suka dengan menu ayam.

Lunch Menu 15022011







Kari Daging
Ini adalah salah satu menu kesukaan anak saya yang nombor dua iaitu naim. Saya tidak menggunakan santan sebagai kuah, sebaliknya menggunakan susu sejat.
Bahan-bahan yang digunakan: daging dan kentang mengikut keperluan, 5 ulas bawang kecil, 3 ulas bawang putih, halia, 1 keping kulit kayu manis, 3 ulas bunga lawang, 1 biji buah pelaga,1 biji cili jalapeno, rempah kari daging mengikut keperluan, susu sejat, garam & gula, sedikit sos tomato

Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga garing. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau. Rempah kari pula ditumis sehingga terbit minyak dan masukkan sedikit sos tomato. Apabila tumisan rempah sudah mesra, masukkan daging & kentang serta air dan masak sehingga empuk. Tuang susu sejat mengikut berapa pekat kuah yang dikehendaki dan cili potong serta gula dan garam secukup rasa.

**Kari daging ini selalu juga dimakan dengan roti canai atau capati segera yang saya masak untuk dihidangkan kepada suami.

Ayam Goreng Bijan
Menu yang kedua untuk hari ini. Saya menggunakan tepung serbaguna bijan Nona. Saya gaulkan ayam dengan tepung serbaguna ini dengan sedikit minyak (sepatutnya dengan minyak bijan lagi sedap, tapi anak-anak tak berapa suka dengan bau minyak bijan). Biarkan sebentar selama 15 - 20 minit agar ayam dan tepung mesra bersama. Kemudian gorengkan sehingga masak.

Selamat mencuba...BON APPETIT!

Sunday, February 13, 2011

Klonghae Floating Market, Songkhla - Lunch




Hari ketiga di Thailand semasa CNY tahun ini, kami berkesempatan utk pergi ke salah satu tempat tarikan pelancong di Songkhla, Thailand dan keunikan negara Thai itu sendiri iaitu floating market yang menjual local thai food, snack dan handmade products. Orang-orang tempatan menjual makanan atau barangan mereka di atas long tail boat di samping terdapat juga gerai-gerai di situ.
Lunch kami pada hari tesebut ialah kuey teow sup semcm dengan bakso tetapi tidak menggunakan bergedil. Ia menggunakan meatballs/fishballs, cendawan dan bawang putih jeruk....ternyata sungguh sedap! Memang negara Thai kaya dengan hidangan yg lazat dan menarik...

CNY in Krabi - Dinner











Selamat bertemu di tahun baru, 2011...sudah sekian lama tak berposting...ada masalah kesihatan & kena warded lama jugak...

Jadi saya nak berkongsi menu dinner kami sekeluarga semasa bercuti di Krabi pada CNY baru-baru ini, fried seafood yang dicicah dengan sos thai (ketam, udang, bebola, ayam) & tomyam...

Spt dalam gambar....kami sekeluarga menjilat jari sehingga tak toleh kiri kanan dan harganya sangat murah iaitu 620 baht (RM62) sahaja...mmg di sekitar Krabi ini senang nak cari makanan halal dan murah serta sedap sehingga menjilat jari....semua makanan yang dijual adalah local thai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...