CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label sandwich. Show all posts
Showing posts with label sandwich. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

OMELLETE SANDWICH aka ROTI JOHN

Sudah lama saya mengidam hendak membuat roti john ini, omputihnya dipanggil omellete sandwich. Tetapi saya tidak menggunakan minced meat. Sebaliknya, daging burger ayam yang ada di dalam stok dijadikan bahan masakan.
Pastikan daging burger dibiarkan di dalam keadaan suhu luar supaya senang hendak di'mash'kan. Apabila daging telah dimashkan (saya gunakan 5 keping daging burger ayam), maka ia seumpama minced meat dan saya gorengkan ia di dalam non stick pan dengan marjerin sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. Masih gunakan pan yang sama tadi, tumiskan 1 biji bawang kuning yang didadukan dengan sedikit lada hitam kasar (ada yang menggunakan serbuk kari) dan gula perang sehingga terbit bau. Kemudian, masukkan 1 biji carrot yang didadukan juga bersama dengan daging yang telah digorengkan tadi sehingga sebati dengan bahan tumisan. Selepas itu saya masukkan sos tomato dan sos cili (ikut rasa yang diperlukan) dan gaulkannya sehingga betul-betul sebati. Angkat dan ketepikan inti daging yang telah siap.
Saya menggunakan bun hot dog sebanyak 11 biji dan potong ditengahnya sehingga tidak putus. Saya pecahkan 5 biji telur dan pukulkan ia serta campurkan inti daging ke dalamnya. Di dalam pan yang sama lagi saya masukkan sedikit minyak sayur, ambil lebih kurang satu senduk campuran telur daging ini ke dalam pan dalam keadaan membujur sedikit dan tekapkan ke atasnya satu bun hot dog. Gunakan api yang perlahan sahaja supaya tidak cepat hangit.
Setelah nampak masak, angkat bun dan sapukan dengan sedikit mayonis serta sos cili. Saya letakkan hirisan tomato dan lipatkan ia. Sedia untuk dimakan!

Saturday, February 19, 2011

Hubby Tempura Black Pepper Fish Sandwich

Breakfast menu hubby yang menggunakan roti wholemeal lagi memandangkan dia on diet sekarang. Tempura black pepper fish pula yang sudah sedia ada dan digoreng sehingga masak di atas pan dengan menggunakan minyak/mentega yang sedikit. Roti pula disapu dengan mayonis/sandwich spread (jika ada) dan letakkan black pepper fish tadi. Sapukan juga mayonis diatas fish ini. Kemudian ambil dua helai daun salad dan sapu mayonis ke atas daun salad ini juga serta sedikit hirisan bawang kuning. Letakkan kedua-duanya diatas fish ini.

Sudah sedia untuk dimakan...sihat dan nyummy!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...