CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 22, 2011

Macaroni with Cream Cheese & Herbs

Buntu juga memikirkan resepi makaroni kali ini. Teringat pula di dalam peti ais ada lebihan cream cheese dan baru-baru ini saya ada membeli italian herbs. Jadi saya pun mengambil kesempatan mencuba kedua-duanya untuk masakan makaroni ini.
Makaroni yang sudah direbus dengan garam (selalunya saya menggunakan setengah paket), ditapiskan dan kemudian saya gaulkannya dengan olive oil, cream cheese dan italian herbs (mengikut sukatan yang anda perlukan). Ketepikan dahulu.
Saya tumiskan 1 biji bawang kuning yang dihiris dan 3 biji bawang putih yang dihiris juga bersama sedikit gula perang sehingga sedikit garing. Selepas itu, saya tumiskan dengan sedikit lada hitam kasar dan sedikit italian herbs sehingga naik bau. Kemudian masukkan 4 batang chicken sausage yang dipotong kecil, 1 batang carrot dipotong kecil dan setengan biji lada capsium yang dipotong kecil juga. Gaulkan bahan-bahan ini sebati dengan tumisan. Sesudah itu, saya masukkan lebih kurang 3 sudu besar sos tomato dan sedikit sos cili sehingga naik bau. Akhir sekali saya masukkan makaroni tadi dan gorengkan sehingga masak. Saya tutupkan api dan saya perasakan makaroni sekali lagi dengan olive oil, sedikit lada hitam kasar dan italian herbs.
Boleh dicuba untuk beralih angin daripada nasi...

6 comments:

  1. Assalam sedapnya macaroni ngan cream cheese tu

    ReplyDelete
  2. Nampak cam best. Tapi kat rumah ni menu camgini memang tak de org pandang. jadi sendiri buat sendiri makan.

    ReplyDelete
  3. Salam..kak ros. ini percubaan pertama kalinya kak...

    ReplyDelete
  4. Kak Sam...mmg susah kalu menu bukan nasi kat rumah..tapi anak saya ni sejak diorg kecik2 lg dah mkn cam gini...

    ReplyDelete
  5. sedapnya...nieza suka ni..btw tk terlambat lagi rasanya nk ucapkan takziah buat Muzhirah sekeluarga dan al-fatihah buat ayah mertua muzhirah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih nieza dr kami sekeluarga...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...