CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 20, 2011

MY 1ST COOKIE FROM THE OVEN - HERSHEY CHOCOLATE CHIPS COOKIE
















Selamat petang semua....sudah lama tidak bersiaran. Kali ini saya mahu berkongsi tentang siri "From the Oven" yang memang sudah lama mengidam hendak membuat cookie. Cuma sedikit tidak yakin dan risau menyelubungi hati serta fikiran sama ada jadi atau tidak dengan resepi yang dicuba. Takut tidak menjadi. Maklumlah pengalaman mem'baking' memanglah cetek sangat. Tetapi saya cuba mengambil semangat, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...Hmmm ambil semangat betul ni.
Jadi saya mendapat satu resepi mudah apabila melihat bahan2 dan cara membuatnya daripada Hershey...cuma tidak pasti sama ada
mixing method saya ini sudah betul dan kena dengan kehendak resepi. Pada permulaan membakar, saya masukkan dua cooking sheet sekali dengan masa 10 minit dan 'dropping' pula tidak sekata. Memanglah tidak masak. Saya pun dengan suka hatinya menambah masa 10 minit lagi dan lagi sehingga menjadi 50 minit keseluruhannya....hahaha bila keluar cookie betul-betul jadi crunchy. Tapi anak2 makan juga, katanya macam biskut....Saya tidak puas hati lalu membaca mengenai cookie baking tips.
Oooh...saya sudah tersilap. Kena letak
cooking sheet satu persatu dulu untuk dibakar supaya cookie menjadi 'even baking'. Kemudian untuk menjadi 'uniform soft drops', guna 'measuring teaspoon'. Apabila tip sudah diketahui, saya menarik nafas lega, menjadi juga akhirnya. Tempoh masa membakar juga saya ubahsuai sedikit sehingga saya mendapat tekstur cookie yang dikehendaki iaitu saya mahu sedikit crunchy . Jadi masa yang saya gunakan ialah 20 minit, 180C. Jikalau 15 minit, tekstur cookie 'menjadi soft dan chewy'. Tetapi memang mengambil masa jugalah untuk benar-benar memahami selok-belok bakery...
Walau apa pun, komen hubby, macam famous amos da cookie!

3 comments:

  1. wahh rajinnya buat cookies..nampak sedap tu..order 1 balang boleh?.hehe

    ReplyDelete
  2. share la resepi..leh sya try gak...nak tnya la...kalau oven yg ade function convection tu cne?leh guna utk msk ape?

    ReplyDelete
  3. Cik intan: nnti sy uploadkan dlm blog lagi satu & oven tu setakat ini sy buat baking cake, muffin, cookie, bbq ayam, lasagna..mcm2 boleh! ada kipas yg circulate hot air didalamnya utk even baking cuma sometimes masa dlm resepi yg dipakai kena ubah mengikut kesesuaian...
    Nieza: as anak mmg suka biskut chips more...itu yg buat jugak! ala belum buat costing lg utk bukak order....hehehe....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...