CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 15, 2011

Lunch Menu 15022011







Kari Daging
Ini adalah salah satu menu kesukaan anak saya yang nombor dua iaitu naim. Saya tidak menggunakan santan sebagai kuah, sebaliknya menggunakan susu sejat.
Bahan-bahan yang digunakan: daging dan kentang mengikut keperluan, 5 ulas bawang kecil, 3 ulas bawang putih, halia, 1 keping kulit kayu manis, 3 ulas bunga lawang, 1 biji buah pelaga,1 biji cili jalapeno, rempah kari daging mengikut keperluan, susu sejat, garam & gula, sedikit sos tomato

Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga garing. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau. Rempah kari pula ditumis sehingga terbit minyak dan masukkan sedikit sos tomato. Apabila tumisan rempah sudah mesra, masukkan daging & kentang serta air dan masak sehingga empuk. Tuang susu sejat mengikut berapa pekat kuah yang dikehendaki dan cili potong serta gula dan garam secukup rasa.

**Kari daging ini selalu juga dimakan dengan roti canai atau capati segera yang saya masak untuk dihidangkan kepada suami.

Ayam Goreng Bijan
Menu yang kedua untuk hari ini. Saya menggunakan tepung serbaguna bijan Nona. Saya gaulkan ayam dengan tepung serbaguna ini dengan sedikit minyak (sepatutnya dengan minyak bijan lagi sedap, tapi anak-anak tak berapa suka dengan bau minyak bijan). Biarkan sebentar selama 15 - 20 minit agar ayam dan tepung mesra bersama. Kemudian gorengkan sehingga masak.

Selamat mencuba...BON APPETIT!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...